Perasaan kita merasa amat sedih jika ada pihak memperolok-olok dan menghina Nabi Muhammad s.a.w. Mereka yang menghina ini sebenarnya tidak memahami Sirah Rasulullah s.a.w dan hanya membaca rujukan musuh-musuh Islam yang sememangnya sentiasa ingin memperlihatkan agama Islam sebagai agama kekerasan dan keganasan. Tetapi umat Islam juga ada kesilapan dan kelemahan yang menyebabkan musuh-musuh Islam mudah memerangkap umat Islam.
Sebagai contoh, musuh-musuh Islam mengetahui setiap orang Islam amat mencintai dan menyanjungi Rasulullah s.a.w. Jadi mereka senjaga mempermainkan isu ini kerana mereka tahu nanti umat Islam akan cepat marah dan bertindak liar. Selalunya setiap kali isu ini dimainkan, umat Islam akan melakukan tunjuk perasaan ganas, membakar dan merosakkan harta milik awam. Umat Islam bertindak sedemikian untuk memperlihatkan kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w dan untuk memberi amaran kepada musuh-musuh Islam bahawa mereka sanggup mati untuk mempertahankan kemuliaan Rasulullah s.a.w. Tetapi cara ini memberi kesempatan kepada media massa Barat, merakam rusuhan dan keganasan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan yang terdiri daripada orang Islam. Kemudian mereka memutarkan berita ini berulang-ulang sehingga di pemikiran masyarakat Barat terbentuk imej yang sangat buruk terhadap Islam.
Kita perlu berhati-hati dalam menangani isu ini sebagai orang Islam kita perlu memperlihatkan akhlak Rasulullah s.a.w untuk berdepan dengan permasalahan ini. Jangan kita mengikut perasaan sahaja tanpa merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Walaupun niat kita baik macam mana sekalipun jika iannya bertentangan dan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, pasti tiada keberkatannya.
No comments:
Post a Comment